MENJUNJUNG TITAH SOKONG AL-QUDS ASY-SHARIF IBU NEGARA PALESTINE

LIMBARUH HIJAU, KHAMIS 14 DISEMBER 2017: PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) menyokong sepenuhnya titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkaitan status Al-Quds Asy- Sharif yang coba diisytiharkan secara unilateral sebagai ibu negara Israel oleh Amerika Syarikat.Hm_turki

KDYMM Baginda Sultan dalam titah di Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah menyatakan sokongan Brunei Darussalam pada Pernyataan (Communique) dan Deklarasi Istanbul. Dalam Pernyataan tersebut, negara-negara anggota OIC telah mengambil kata sepakat dan ketetapan untuk mengisytiharkan Al-Quds Asy-Sharif sebagai ibu negara Palestine, menolak tindakan unilateral pentadbiran Amerika Syarikat sebagai berbahaya dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengikuti langkahnya.

Baginda Sultan dalam titah juga menekankan sokongan Brunei Darussalam pada semua resolusi PBB dan bersama-sama dengan komuniti antarabangsa dalam menyatakan kebimbangan dalam apa jua perubahan pada status quo Baitul Maqdis.

Sehubungan dengan itu, NDP sukacita menjunjung kasih ke hadapan Majlis Baginda bagi merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas kurnia titah di Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul dan menyokong pendirian Baginda bahawa solusi dua negara haruslah dirundingkan dan kesepakatan hendaklah dicapai oleh pihak-pihak yang terlibat secara langsung.

NDP juga berkongsi pandangan dengan baginda yang telah menekankan bahawa inilah solusi jangka panjang yang dapat dilaksanakan bagi mencapai satu Negara Palestin yang merdeka dengan Baitul Maqdis Timur selaku ibu negaranya.

Kebawah DYMM juga bertitah bahawa solusi yang adil dan berpanjangan pada nasib penduduk Palestin adalah sangat diharapkan dan ia sudah sekian lama tertangguh. Baginda seterusnya menyatakan bahawa kesatuan dan perpaduan ummah Islam adalah sangat-sangat penting pada masa ini berbanding dengan sebelumnya.

OIC Isytihar Al-Quds Al-Sharif Ibu Negara Palestine

Kesal Dengan Tindakan Megiktiraf Jerusalem Ibu Negara Israel