NDP SIAP SEDIA BANTU BENTERAS KEZALIMAN

LIMBARUH HIJAU 2 DISEMBER 2017: PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) sebagai sebuah pertubuhan politik rakyat siap sedia untuk menjunjung dan melaksanakan titah bagi mempastikan Negara Brunei Darussalam bebas dari gejala fitnah dan kezaliman.

SANG_SETIA17C
TYT Presiden NDP Saudara Malai Hassan Othman berucap di Istiadat Ulang Tahun Sang Setia ke-13

“Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaullah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah bertitah tentang keadilan sempena sambutan Maulidul Rasul pada tahun ini yang membawa tema “Rasullullah Qudwah Kepimpinan Yang Adil”, ujar TYT Presiden NDP saudara Malai Hassan Othman dalam ucapan beliau di Istiadat Ulang Tahun Penaikkan Sang Setia ke-13.

Upacara rasmi tersebut berlangsung di Dataran Limbaruh Hijau, Markas Pusat NDP di Jerudong dengan dihadiri hampir 100 orang ahli NDP mewakili keempat-empat Daerah Brunei Muara, Belait, Tutong dan Temburung.

“Titah baginda tersebut sangat menyentuh hati kita dan membuatkan kita terharu kerana ia datang dari ‘POLITICAL MASTER’ Negara”.

“Ianya juga bertepatan dengan Upacara Memperingati Pengibaran Sang Setia yang menjadi simbol perjuangan kita untuk menegakkan keadilan dan membenteras segala bentuk kezaliman”, jelas Saudara Malai Hassan Othman.SANG_SETIA17

Katanya titah tersebut seolah-olah turut ditujukan kepada NDP dan semacam mengaminkan perjuangan yang dibawanya.

“Semua ini kehendak Allah jua dan merupakan satu lagi pentunjuk bahawa kita berada diatas landasan yang betul iaitu landasan yang diasakan atas konsep dakwah amar ma’ruf nahi munkar (al`amru bil-ma’ruf wannahyu’anil-mun’kar) dalam berpolitik, yang bermaksud sebuah perintah untuk mengajak atau menganjurkan hal-hal yang baik dan mencegah hal-hal yang buruk bagi masyarakat”.

SANG_SETIA17A.jpeg

“Untuk itu marilah kita panjatkan syukur ke hadrat Allah SWT atas kurnia titah KDYMM Baginda Sultan tersebut yang sangat bermakna kepada perjuangan kita selaku RAKAN STRATEGIK baginda”.

Saudara Malai Hassan Othman seterusnya berkata titah tersebut merupakan satu tiupan semangat yang kuat kepada perjuangan NDP.

“Semoga ianya akan menjadi satu lagi pendorong kepada perjuangan kita untuk menegakkan keadilan dan ehsan”, tambah Presiden NDP.

Menurut beliau keadilan dan ehsan yang menjadi amalan dalam pemerintahan negara pada masa ini sering tercabar dengan pelbagai isu dan masalah rakyat seperti isu kemiskinan, pengganguran terutama dikalangan graduan, masalah sosial dikalangan generasi muda, isu institusi keluarga yang semakin rapoh dalam kesibukan kita membangun bangsa dan negara ke arah mencapai Wawasan 2035, isu kesihatan mental yang semakin meningkat terutama dikalangan kanak-kanak, isu kesejahteraan warga emas yang jatuh miskin setelah persaraan dan sebagainya.

Katanya lagi, “baru-baru ini saya menerima sampul surat dari TYT Timbalan Presiden. Didalamnya terdapat salinan-salinan invois dari sebuah syarikat tempatan berjumlah ratusan ribu ringgit yang tidak dilunaskan oleh bebrapa jabatan kerajaan”.

SANG_SETIA17B

“Ketua Hal Ehwal Non-Muslim di kongres yang baru lepas dan di mesyuarat Majlis Tertinggi telah mengadu bagi pihak petani-petani tentang pembayaran hasil padi yang berjumlah hampir BND $ 3 juta yang belum dibayar oleh Jabatan Pertanian”.

“Bayangkan betapa menderitanya mereka yang mengharapkan pembayaran dari hasil kerja yang telah mereka laksanakan. Bayangkan berapa banyak syarikat yang gulung tikar disebabkan pembayaran yang tidak lunaskan ini. Apakah in bukan kezaliman namanya seperti yang dititahkan?” soal Presiden NDP.

“Kalau kan di korek banyak lagi mangsa-mangsa ketidakadilan ini, belum lagi kita bercakap tentang mangsa fitnah melalui sejarah perjuangan kemerdekaan yang tidak jujur yang hingga ke hari ini dijadikan bahan buku sejarah untuk dipelajari oleh anak cucu kita”.

“Tetapi cukuplah kita bersyukur kepada Allah kerana membukakan mata hati dan mengurniakan taufik dan hidayah kepada Raja kita yang kita kasihi”, ujar Saudara Malai Hassan Othman.

Beliau seterusnya menegaskan, “Tugas kita sekarang ialah untuk menjunjung dan melaksanakan perintah baginda sultan dalam usaha membenteras kezaliman dan fitnah yang titah baginda “kita tidak dapat berkompromi dengannya dan tidak ada tempat untuknya di Negara Brunei Darussalam”.

“Rakyat mengharapkan NDP untuk membela nasib masa depan bangsa dan negara ini. Baginda Sultan pula memerlukan rakyat untuk terus berdiri teguh sebagai satu pasukan yang kuat untuk menjadi asas keutuhan kedaulatan kepimpinan baginda”.

“NDP sebagai sebuah pertubuhan politik dan komponen penting dalam pengamalan konsep demokrasi yang diwar-warkan dalam pengisytiharan kemerdekaan, dalam hal ini sudah bersedia untuk memainkan peranan tersebut”, tegas Presiden NDP lagi.

Untuk itu, tambahnya, NDP Menjunjung Kasih Kehadapan Majlis KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan untuk merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas kurnia titah baginda tersebut yang in sya Allah, akan abis hamba Duli Tuan patik jadikan azimat dan pendorong untuk abis hamba Duli Tuan patik bersungguh-sungguh meneruskan perjuangan mendukung prinsip keadilan dan ihsan (Al ‘Adli Wal Ihsan) yang menjadi amalan Duli Tuan patik.