PBB Tolak Langkah AS Ubah Status Jerusalem

LIMBARUH HIJAU 22 DISEMBER 2017: PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) dalam Perhimpunan Agung pada Khamis kelmarin telah menolak sekeras-kersanya tindakan sepihak Amerika Syarikat untuk mengisytiharkan Jerusalem sebagai ibu kota Israel.

pbb_jerusalem

Walaupun diugut dan diancam, 128 buah negara anggota tetap dengan tegas menyokong resolusi membantah tindakan sepihak Presiden Donald Trump dan pentadbiran AS untuk mengiktiraf kesluruhan wilayah Jerusalem yang diduduki secara haram oleh Israel sebagai ibu kota rejim Zionis tersebut dan rancangan AS untuk memindahkan pejabat kedutaan di Jerusalem.

Malahan beberapa negara anggota yang bersekutu dengan AS seperti Saudi Arabia, Emiriah Arab Bersatu dan Afrika Selatan turut mendaftar sebagai penaja bersama draf resolusi tersebut di saat-saat akhir sebelum pemungutan suara dijalankan.

Tiga Puluh lapan buah negara anggota tidak mengundi manakala 9, termasuk AS dan Israel menolak draf resolusi yang ditaja bersama oleh sebilangan besar negara-negara anggota termasuk Brunei.

Pemungutan suara di Perhimpunan Agung PBB pada 21 Disember 2017 itu telah diajukan oleh Yaman dan Turki berikutan langkah AS di Sidang Luar Biasa Majlis Keselamatan PBB pada 18 Disember 2017 baru lalu untuk menggunakan kuasa veto nya menolak resolusi membatalkan tindakan Presiden AS Donald Trump .

Di persidangan Majlis Keselamatan PBB itu, 14 Ahli Majlis Keselamatan menyokong. Sekutu utama AS termasuk Britain, Perancis, Itali, Jepun dan Ukraine antara 14 negara dalam majlis 15 anggota itu yang mengundi berpihak kepada langkah dibawa oleh Mesir itu.

PBB_jesrsalemSementara itu draf resolusi yang ditawarkan di Perhimpunan Agung PBB pada Khamis kelmarin tidak secara jelas menyebutkan mengenai pernyataan AS terhadap status Jerusalem.

Namun draf tersebut menyatakan bahwa keputusan-keputusan mengenai Jerusalem dibatalkan atau ditarik balik selain itu, PBB juga mendorong semua negara untuk tetap menghormati resolusi-resolusi Majlis Keselamatan PBB sebelumnya, termasuk berkaitan status Jerusalem yang mestilah ditentukan dalam perundingan antara Israel dan Palestine.

Walaupun Perhimpunan Agung PBB telah meluluskan draf resolusi itu dengan sokongan majoriti namun ianya tidaklah mengikat secara hukum bagi para negara anggota untuk mematuhinya.

Tetapi ia tetap merupakan satu tamparan kepada AS yang coba membuli negara-negara anggota dan PBB agar akur kepada tindakan-tindakannya yang berat sebelah dan memihak kepada Israel yang sering meremeh temehkan keputusan masyarakat antarabangsa tentang pencerobohannya kepada kedaulatan Palestine dan isu kemanusiaan.

Artikel berkaitan:

MENJUNJUNG TITAH SOKONG AL-QUDS ASY-SHARIF IBU NEGARA PALESTINE

OIC Isytihar Al-Quds Al-Sharif Ibu Negara Palestine

Kesal Dengan Tindakan Megiktiraf Jerusalem Ibu Negara Israel